default
Thursday 24 January 2013
salam maulud =)
Assalamualaikum
Memandangkan hari ini is Hari Maulidur Rasul, so aku nak share this with everyone. Reminding us of Nabi Muhammad S.A.W. :)
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
one of the simple selawat for any time
the best time for selawat are ....
and last aku terjumpa pic ni on facebook
Dengan ini, kita boleh encourage ourself kan? and uolls pun boleh tambahkan ibadah dengan selawat kepada nabi Muhammad S.A.W sebanyak yang mungkin. in sha Allah kita akan dapat syafaat, aaminn, which is the main objective! :)
Wednesday 16 January 2013
tragedi
Assalamualaikum
Uolls pernah tak tengok drama dalam tv, imagine uolls duduk dalam rumah tiba-tiba terdengar ada orang mencurigakan dari luar try nak masuk rumah kita?
Aku kan baru pindah rumah sewa. Serumah tu 10 orang. 3 orang keluar, maka kami bertujuh ni duduk2 santai kat ruang tamu, borak2 kosong. Jam pukul 1 pagi, sementara nak tunggu 3org balik tu, duduk2 kat ruang tamu. Tiba ada orang berjalan dekat park kereta. Sebab rumah aku tu rumah teres,so ada ruang tmpt letak kereta. Yang aku duduk betul2 tepi tingkap. Fuhhh dengar je bunyi tu, aku pun melompat laa tgh2 antara 6org lain. menjerit sekejap. masing-masing pandang sesama sendiri.
Pegi la dapur, sorang ambil penyapu, sorang pegang lesung, sorang pegang minyak angin, sorang pegang penyodok. Standby kan, mana la tahu kan, dah la semua perempuan. Dah pegang siap2 barang as
Apa lagi cepat call polis, buat aduan. Lepas tu call member2 lelaki minta tolong. Ada la dalam 5minit, empat org member,jiran sebelah semua keluar sebab dengar bising2. Lepas check2, takde apa-apa semua, kitaorang kunci pintu grill semua, tidur sebilik tujuh orang. pkl 4pg baru tidur, hmm hampeh tunggu polis tak datang2. Kalau dalam tv, sekelip mata ada depan pintu kalau kita call buat aduan. *nampak tak imaginasi kita bila tengok tv? terpengaruh gila. :P
Now,alhamdulillah semua selamat. Owner rumah pun start buat rondaan pukul 2-3 pagi mulai malam ni. Mudah-mudahan takde apa2 lagi lepas ni, ya Allah... aaminnn :)
Tuesday 15 January 2013
Apakah?
Assalamualaikum
Aku rasa badan aku makin menjadi-jadi
Bila jumpa or terserempak dengan member2 lama, diaorg mesti tanya 'gemuknya kau skrg zuyyin,KNP?'. Nampak tak betapa jujurnya kawan2 aku tuh? Aku nak sedapkan hati, aku pun jawablah 'ehh senang hati, biasalah..' huhuhu sedih wehh T.T
latest pic 2013 |
...............??
Assalamualaikum
Fuhhh punya lah lama nak continue last story ni. Almaklumlah tuan tanah busy sangat2 sebab aku tak stay kat hostel unisel dah, aku dah duduk kat rumah sewa. Dulu kat hostel, ada wifi laju tapi kat sini line langsung yilekkk. Sadis kan? Setakat ni alhamdulillah aku selesa kat sini dengan kawan rumah yang sangat sporting, tolak ansur, hee suka sangat! serius nih! Mudah-mudahan berkekalan hingga habis semester, aaminn :)
Okay kita sambung balik entri yang lepas, cadang aku nak jalan area Muar je sebabnya sebelum maghrib kena balik. Ini ibu yang pesan,takut bawak anak orang katanya. EHH siapa gurgle skrg ni? haha :D
jom tengok gambar ;)
Dari ke BP mall, singgah ke Tanjung Emas, Muar, Jalan-jalan, makan-makan. Alhamdulillah hubungan adik-adik sedara aku,adik-adik aku baik dengan encik kekasih. Atuk,makcik pakcik aku pun okay, alhamdulillah. Cuti akan datang ku akan ke kampung dia pulak,tettttt haha :D
Thursday 3 January 2013
Cuti semester :)
Assalamualaikum
Hiiiiii!! It's been a long time that I didn't update my blog kan? Cerita ni pun dah basi sebab terperap je dalam draft, tuan punya tanah kedaung busy memanjang. Hahaha apa boleh buat? Ni cerita masa aku dengan encik kekasih cuti semester yang lepas. Aku bawa si dia balik kampung kat Muar, Johor. ihik =) *
my mum :) |
shafiee (adik) with encik kekasih :) |
muka kepenatan :P |
kupang sedap =) |
Sampai je kampung, lepas maghrib potong-potong kek. Habis keknya cair. Takpe as long boleh makan, jalan... Masa ni encik kekasih takde, ikut ayah pergi kenduri tahlil pakcik ayah.
siapa nak kek kena beratur! haaa |
aqil my lil bro yaww :) |
haaa ni cousin aku FIRAS aii bila mula beraksi depan kamera tak padan kecik :) |
cik kadir menyakat no 1 hoho |
Malam tu lepas isya', berkumpul lah sanak saudara discuss nak ke mana esok. Hihihi kena aku kaki jalan. Mula rancang nak ke situ la, ke sini la, hihihi ^.^
Dulu nak ke mana-mana kena tunggu ibu atau ayah yang bawa. Aku masih ingat lagi masa kitaorang kecik-kecik, bila cuti sekolah, mesti duduk kat kampung. Bila pakcik makcik aku balik, masing-masing buat muka kesian nak ajak jalan-jalan Segamat, takpun Muar ke, atau Batu Pahat. Aduiii kelakar betul. Dulu juga aku selalu berangan nak bawak adik-adik aku, sepupu aku yang kecik2 tu jalan pusing Muar ke Batu Pahat. Biar aku yang drive. Alhamdulillah finally dapat jugak belanja diaorang makan, bawak jalan2. Walaupun encik kekasih yang drive, sebab dia tak bagi aku drive T.T pasrah~ :D
bincang terus bincang~ |
birthday boy alif & danial |
layan intagram~ |
discuss dik oiii. |
Ke mana kah kita? Nantikan post yang akan datang.
Cehhhh macam apa je, haha :D
till then~
Subscribe to:
Posts (Atom)