default

Monday 27 August 2012

Tahniah :)

                                                           Assalamualaikum


Lately, aku asyik dapat khabar jee kawan-kawan  mendirikan masjid. Terasa tua pulak bila ada kawan-kawan dah kahwin kihkih :D

kawan duduk sebelah rumah aku
satu course
tahniahhh buat mereka :)

class mate aku dulu masa form5
zaidatul ashikin

cantik
 merahhh kelas kau ekinnn :D

Malangnya tak dapat nak datang majlis kalian, sebab masa selalu mencemburui aku. tak dapat nak buat apa-apa. By the way, i'm so happy both of you, semoga bahagia sampai akhir hayat, aamminn :)

spoil =,=

                                                         Assalamualaikum

At first, aku walking dekat blog kawan-kawan, semua takde entry baru. Yes, masing-masing i know lah masih beraya rumah sedara-mara, sahabat handai. Takde masa nak update leteeww, sebabnya aku pun mengalami situasi yang sama, hua hua :D

Anyway, alhamdulillah syukur kepada Allah kerana telah menemukan bulan Syawal kepada kita yang menyambutnya..Raya ni macam-macam peristiwa aku dapat. Ok first, rata-rata dalam facebook, twitter,instagram etc. masing-masing ada gambar raya, dengan family lah, dengan kawan-kawan lah, dengan boboy la, dengan gegurl lah. Elehhh aku pun ada. Setiap saat kamera rarahh aku tu kat tangan. Sebab setiap gambar, ada lagunya bak kata Yuna, haa kelas gituuu kan? So,aku bajet-bajet nak cuci semua gambar cun-melecun tu. Gambar family pulak, aku plan nak besarkan, framed cantik punya. Bajet tak kisah sebab akan ku serahkan pada ayah (ayah tak suruh pun cuci framed bagai, memandai aku jee). aku semangat nak buat framed baru sebab ayah baru beli rak tv baru, so nak lengkapkan dengan framed keluarga. TETAPI ada satu tragedi yang buatkan aku rasa macam nak baling-baling jeee kamera rarahh aku tu. Ada ke si kecil nakal adik aku tuuu, Aqil delete all the picture dalam rarahh  aku . Jangan cakap laa, angin satu badan aku. Menangis tersedu-sedu aku, rasa galat gila gambar aku hilang, huaaa :'( haihh sabar jelah adik bertuah oiii.


budak bertuah
kalau dapat remote, cerita dia sajaaa

 2nd story, raya ke lapan yang lalu ayah dapat jemputan majlis rumah terbuka anjuran Teck Sime Motor Trading. Sebab ayah aku ada beli motor dari kedai tu baru-baru ni. Majlis tu ada lucky draw, so memang excited la kan, coz hadiah-hadiah memang lumayan berupa barangan elektrik. Alhamdulillah atas kesabaran aku sekeluarga duduk bawah khemah yang panas sambil makan kacang hilangkan boring, tunggu punya lama nombor 5015 (no lucky draw ayah) naik. Fuhhh LCD SHARP 32'inci milik kami. Mungkin ini hikmah, gambar-gambar aku hilang. SubhanAllah, Allah bagi yang lain pula. Malangnya sayang aku tak sempat capture pic masa ayah ambil hadiah dan berucap tanda terima kasih :D

grand prize
motor honda bernilai rm3600
siapa nak bagi kan??
haha :D


Alhamdulillah
:)

tak tahu nak letak mana dah,
sebab teratak keluarga aku pun comel jee.
:p

                                                            sekian.
                                                   nak kembalikan mood~


Thursday 16 August 2012

selamat hari raya :)

                                                             Assalamualaikum

Diam tak diam, pejam celik-pejam celik lagi dua hari kita umat Islam akan meraikan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan. Alhamdulillah rasa sekejap je kan? Moga-boga amalan ibadat yang kita buat pada bulan ramadan yang penuh barakah itu diterima oleh Allah S.W.T hendaknya. Bukan hanya bulan ramadan sahaja,tapi pada bulan-bulan yang lain juga insyaAllah. :)

Di kesempatan ini, aku nak la wish selamat hari raya maaf zahir batin pada semua pembaca blog aku *ada ke orang baca blog aku? muehehe ;) means kalau ada la yang membacanya :D Mohon maaf jika ada terkasar bahasa, kecilkan hati sesiapa, minta dimaafkan. kita 0-0 la ehh :D

dia pun nak raya daaa :D

By the way,di sini juga aku nak ucapkan tahniah buat ex-classmate aku masa form 5, Zaidatul Ashikin (ekin) akan melangsungkan pertunangan. Maaf tak dapat nak datang majlisnya iaitu pada hari raya-7, sebab masa sangat mencemburui aku . Haihh macam tak sangka sangat, dulu ekin selalu usik aku dengan encik kekasih ''bila nak tunang zuyyin?,bila nak nikah amer?,ehh bila korang nak kahwin?'' haa ambik kau, last-last dia mendahului kami. SubhanAllah rancangan Allah itu hebat. Takde siapa boleh melawanNya :)

Apa pun tahniah buat kau dengan bakal tunang. Sesungguhnya cabaran orang bertunang ni memang banyak dugaannya, *eehh macam ada experience bertunang pula aku? tak actually lebih kepada nasihat seorang sahabat hokeyyhhh :D ha ekin, jangan tunggu lama-lama,lagi cepat, lagi bagus kan? :D

Umur 19 tahun nak kahwin, bagi aku takde yang peliknya. So aku sangat tak setuju bila dengar jee budak muda atau lebih formalnya remaja bernikah, mesti orang macam pandang slekkk je? why aaaaa? Aku pula jadi pelik sebab masa dulu-dulu kala iaitu zaman nenek moyang kita, umur 12 tahun jee dah kahwin. Umur 15 dah ada 3-5 orang anak.Fikir positif la, memang sekarang kos sara hidup sangat tinggi, jadi kahwim muda ni nanti ada baby, semuanya kena beli kan? Jadi kalau pasangan muda yang berhajat untuk mendirikan masjid, of course mereka sudah mempunyai kedudukan ekonomi yang stable. Yang penting doakan yang baik-baik supaya mereka-mereka semua bahagia ke akhir hayat. 

Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi


ini orangnya
cantik molek
:D
congrate ekin :)


                                            
                                                                           sekian.

Monday 13 August 2012

t-y-p-e-l-e-s-s tuesday


                                                                  Assalamualaikum





sekian.

ambil hati ke ni?


Assalamualaikum





Aku bajet-bajet buka peti surat, ingat cek prelaunch X aku sampai, sekali buka KAD RAYA dari Unisel daaa..ok thanks unisel  =,=

Friday 10 August 2012

Happy Birthday Farah :)

                                                        Assalamualaikum
                     
                                                    okey kita nyanyi dulu :)
                                               
                                              Happy birthday to you...

                                                        Happy birthday to you...

                                                       Happy birthday to Farah...

                                                         Happy birthday to you...



Entri ni khas buat kawan aku dunia akhirat insyaAllah, Nur Farahani binti Mohamed Fadzil. Untuk pengetahuan uolls yea, aku kalau bab-bab tarikh birthday, nombor telefon memang aku susah nak ingat. Asal berkaitan dengan nombor, memang susah nak melekat dalam otak aku. Well, kawan-kawan aku semua sedia maklum bahawa aku dengan subject Math tak pernah ada hubungan yang baik. Birthday Farah pun aku perasan masa aku belek-belek gambar dalam lappy. ishhh teruknya kau ni zuyyyiiiiinnnnn. So untuk membalas kejahatan aku ni, aku buat special entry untuk kau. sweet tak, sweet tak ? ^,^  *pleaseeeeee angguk beb!

masa konvo tamat form 5
*teringat masa pergi jalan TAR dari pagi sampai malam
cari baju :D

zaman sekolah kita dulu
*kalau bergambar,bagi kat kita, laju jeee



zaman kita sekolej dulu

gambar kita bersama


moment makan sama-sama

masa lapang kita dulu
misi kuruskan badan
*tapi aku tak kurus-kurus pun

shopping sama-sama


birthday kau tahun lepas
*penat tau nak rahsiakan daripada pengetahuan kau
(surprise) haha :D

Dan sebenarnya ada banyak lagi moment-moment kita bersama kan farah? Tapi saja je taknak capture, we share everything dulu kan? Seriously aku tak pernah lupakan semua tu. Aku nak delete semua mimpi buruk kita dulu. Aku nak buka buku baru, and aku ikhlas dalam friendship kita kali ni. Aku jujur sedalam-dalam  lubuk hati aku. Aku harap kau pun rasa apa yang aku rasa. *sambil kesat air mata dengan hujung baju yang aku pakai T-T   Ehhh jiwang pula aku tetiba.

okey nopp, apesal terbabas jauh aku ni? haha :D Actually aku nak wish happy birthday kat kau, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan imannya, sukses dalam apa juga bidang yang kau buat. Keep your fit, keep healthy okey ? Tahun ni, sorry tak dapat nak celebrete birthday kau. Setiap kali birthday kau, aku jeee menyelit so biarlah kali ni aku undurkan diri. *nada macam merajuk jee,haaha. Bukan apa, masing-masing ada komitmen masing-masing, life sendiri. Aku busy, kau free, Kau free, aku busy. Nak dating macam dulu pun, takde masa. :)

Last but not least, aku sentiasa doakan kebahagiaan kau. Aku sayang kau sebagai sahabat aku dunia akhirat. Kau bahagia, aku pun turut bahagia beb ! :) Raya nanti,singggah la teratak aku,sudi-sudi yea. :)



eeehhhh apa benda ni?
LOL :P






Tuesday 7 August 2012

PrelaunchX Invitation

                                                     Assalamualaikum :)

           Jom join benda ni. Free je. no charges. Don't worry. Meh klik sini .prelaunchX Invitation .

motiffffff?


Note : Malaysia tak berjaya untuk mendapatkan pingat emas setakat ini, apa pun support lah atlet-atlet sukan negara kita. Malaysia Bolehhh bahhh !!! :D


                                         
                                                     Thanks for reading this entry.

Mood Raya

                                             Assalamualaikum

Diam tak diam dah 19 hari kita berpuasa kan? Rasa sekejap jeee. Lagu-lagu raya pun dah berkumandang di corong-corong radio. Lagi membuatkan mood raya membuak-buak dalam hati aku. Tahun ni aku rasa best sikit sebab dapat kumpul ramai-ramai di pagi raya. Tahun lepas, semua sepupu-sepupu aku balik rumah atok sebelah sana, so tahun ni, mereka-mereka ada kat rumah atok lenga. Lagi excited aku nak balik kampung. Rumah atok ibu dengan ayah, tak jauh pun cuma 500m je kalau jalan kaki. Senang kan, tak gaduh nak balik kampung. Setiap kali raya, aku memang kira-kira turn sepupu-sepupu aku balik raya kat lenga. Sebabnya selang raya je, aku adik-beradik je yang ada. Sepupu-sepupu semua ada kat rumah atok sana. Nasib baik makcik pakcik aku fair. :)

                                        Acara dinantikan raya pertama nanti :

~main bunga api, pop-pop *melayan adik-adik sepupu pada malam raya

~ acara menitiskan air mata *pak usu aku pun menangis tau,terharu gamaknya :D

~makan ketupat,ayam masak merah,kuah lodeh,sambal kacang *makan ramai-ramai,best !

~ambil gambar satu keluarga *family aku besar,so meriah sangat, berlipat ganda best !

~konvoi ramai-ramai pergi batu pahat *ziarah rumah sedara-mara terdekat.

~jalan-jalan segamat sampai tengah malam. *shopping sebab kat situ murah. ;')




                                    Gambar-gambar raya 2 tahun yang lepas :)

ini cuma sebahagian sahaja.

acara wajib pagi raya.


touching :'(


amran's family :)








marhaban ya marhaban.

with mereka :)




   

sekian.






Adakah ini pengakhiran?

Perhatian kepada warga UNISEL.

Terima kasih di atas keprihatinan semua dan kesabaran anda dalam menghadapi detik-detik sukar kami di HEP. Kami begitu memahami kesukaran dan kesulitan yang dihadapi semua yang terlibat dalam krisis ini.
Merujuk kepada perbincangan kami dengan pengurusan atasan UNISEL sebentar tadi. Telah diputuskan bahawa semua pelajar yang belum mendaftar asrama boleh tangguhkan pendaftaran asrama selewat-lewatnya 26 Ogos 2012. Tarikh pendaftaran akan dimaklumkan kemudian sambil menunggu keputusan rundingan dengan JNSB. Kelas pengajian akan bermula pada 27 Ogos 2012 melibatkan semua pelajar baru dan senior bagi kedua-dua kampus. Surat pekeliling akan dikeluarkan sebentar lagi. Terima kasih di atas keprihatinan anda semua.

Sekian, terima kasih.

Unit Kebajikan dan Kediaman
Hal Ehwal Pelajar
UNISEL
_____________________________________________________

Attention to citizens UNISEL.

Thank you for your patience and concern of all in the face of our difficult moments in HEP. We really understand the difficulties faced by all involved in this crisis.
Refer to our discussions with senior management UNISEL earlier. Was decided that all students who have not can delay the registration hostel hostel latest by August 26, 2012. Registration date will be announced later while waiting for negotiations with JNSB. Education classes will start on August 27, 2012 involving all juniors and seniors for both campuses. Circular will be issued shortly. Thank you for your concern everyone.

Thank you.

Welfare and Housing Unit
Student Affairs
UNISEL




First at all, happy la aku sebab tak payah aku pening-pening lagi. Raya dulu sebelum masuk belajar. Hopefully lepas raya, semua clear balik dan yang penting sekali, aku dapat refund balik duit PT yang ditelan. Banyak sangat nak ditelannya tuuuu. Sekian.

Friday 3 August 2012

Yeayyyy ")

                                                          Assalamualaikum

By the way, aku nak lupakan masalah tentang UNISEL tu yang tak tahu bila sudahnya. stressss =,=



                                             
                                             okeyyy just forget it . . . . .

ehem well, sekarang kan musim sukan olimpik, so of course sebagai rakyat Malaysia kita kena support semua atlet-atlet negara kita. Aku tak sabar nak tengok the match Datuk Lee Chong Wei beat Lin Dan. Harap sangat dapat good news for a big fan of Malaysian Badminton team * don't tell me you Malaysian fan of other country okey ! :p


Datuk Lee Chong Wei

Kalau Datuk menang, kita dapat cuti umum sekali gus dapat ice-cream Baskin Robbins secara percuma. So, doa-doa lah kita menang pingat emas untuk this game. :')


Masalah lagi =,=

                                                                 Assalamualaikum

Ahhhh sekali lagi, masalah baru timbul. Kecoh dekat wall group aku, BAKI PTPTN TINGGAL RM100 jeee? Aku tak tahu apa masalah UNISEL ni? Sepatutnya, lepas buat calculation baki kami sepatutnya RM 875.30. So berapa jurang jumlah kat situ? Geram tak? Member-member aku yang balik UNISEL semalam, tak dapat kunci sebab office tutup, even mereka dah bayar dah pun duit pendahuluan hostel yang mereka NAK KAN SANGAT TUUUU. Siap lekat notis kat pintu depan, staff cuti sampai raya. Haiiii awal betul uolls cuti raya yea? Boleh sue kalau macam ni tau. Errr kami sebagai student rasa teraniaya gila -,- *nasib baik aku tak balik lagi, kalau tak, aku pecahkan pintu office dia ( ceh-ceh macam berani! ) :p

Ya Allah, ibu ayah aku dah bising jeee. Sampai ura-ura nak berhentikan aku. Ahhh aku tak nak, belajar dekat KPTM berhenti, takkan kat UNISEL ni pun nak berhenti juga? Aku sayang dengan course yang aku follow sekarang. :'(


kalau guna transit tu mesti bayar kan?
baik balik rumah jeee.



kalau aku datang hari rabu nanti, office still tutup.
macam mana?
lagi ayah aku marah sebab terpaksa ambil cuti
semata-mata nak pegi ambil kunci rumah,
and last office pula tutup.




                                           macam mana nak buat sekarang ni?
                                          apa masalah sebenar la UNISEL ni?
                                                 kami jadi mangsa keadaan.

Thursday 2 August 2012

Sakit hati

                                                        Assalamualaikum

Elok je aku nak kemas-kemas barang untuk balik hostel, hati ni tergerak nak online facebook kejap. Nak tanyalah siapa member-member yang balik semula hostel. Sekali, aku terbaca noti dekat wall group member UNISEL yang mengatakan, kena bayar duit pendahuluan hostel. Setahu aku, itu semua urusan PTPTN. Aduh, aku baru je bayar duit pendaftaran, yang lain-lain semuanya sepatutnya PTPTN cover. Kalau tak jelaskan bayaran, pihak berkenaan tak bagi kunci rumah. Ugut-ugut pula dia. Pehhhh berasap sekejap aku.

Sebelum ni, takde pula kena bayar sendiri. Betul-betul menyusahkan students. Dah la sebelum ni nama UNISEL je terpampang dalam papers. Isu politik lah, sosial lah, macam-macam. Tapi nasib aku baik sebab dekatlah juga dari UNISEL tu, tapi member-member yang jauh-jauh tu, nak tak nak kena korek-korek duit tabung gamaknya sebelum masuk hostel. Bukan semua yang ada kat UNISEL tu, orang-orang senang. Semua main dengan duit je.  Aku harap sangat pihak yang bertanggungjawab dapat memantau isu ni. Mudah-mudahan la yea. Kita sebagai students rasa tak nyenyak tidur fikirkan hutang yuran pengajian.


                     Agak-agaknya bila la eh UNISEL ditukar menjadi IPTA?*eehhh tetiba pulak
                   *sesiapa yang berumur 21 tahun ke atas, jangan lupa untuk mengundi nanti okey
                                                  jalankan tanggungjawab anda !
                                                            peace yawww :')