default

Tuesday 7 August 2012

Mood Raya

                                             Assalamualaikum

Diam tak diam dah 19 hari kita berpuasa kan? Rasa sekejap jeee. Lagu-lagu raya pun dah berkumandang di corong-corong radio. Lagi membuatkan mood raya membuak-buak dalam hati aku. Tahun ni aku rasa best sikit sebab dapat kumpul ramai-ramai di pagi raya. Tahun lepas, semua sepupu-sepupu aku balik rumah atok sebelah sana, so tahun ni, mereka-mereka ada kat rumah atok lenga. Lagi excited aku nak balik kampung. Rumah atok ibu dengan ayah, tak jauh pun cuma 500m je kalau jalan kaki. Senang kan, tak gaduh nak balik kampung. Setiap kali raya, aku memang kira-kira turn sepupu-sepupu aku balik raya kat lenga. Sebabnya selang raya je, aku adik-beradik je yang ada. Sepupu-sepupu semua ada kat rumah atok sana. Nasib baik makcik pakcik aku fair. :)

                                        Acara dinantikan raya pertama nanti :

~main bunga api, pop-pop *melayan adik-adik sepupu pada malam raya

~ acara menitiskan air mata *pak usu aku pun menangis tau,terharu gamaknya :D

~makan ketupat,ayam masak merah,kuah lodeh,sambal kacang *makan ramai-ramai,best !

~ambil gambar satu keluarga *family aku besar,so meriah sangat, berlipat ganda best !

~konvoi ramai-ramai pergi batu pahat *ziarah rumah sedara-mara terdekat.

~jalan-jalan segamat sampai tengah malam. *shopping sebab kat situ murah. ;')




                                    Gambar-gambar raya 2 tahun yang lepas :)

ini cuma sebahagian sahaja.

acara wajib pagi raya.


touching :'(


amran's family :)








marhaban ya marhaban.

with mereka :)




   

sekian.






No comments:

Post a Comment