default

Thursday 31 October 2013

E-day

Assalamualaikum

selamat bertunang Along & Abg Hafifi!!!

Okay ini 2 minggu lepas punya cerita, aku ikut Dila balik kampungnya ke Gerik. Along (kakak kepada Dila) bertunang. Seronok sangat pergi sana. Family Dila semua baik2 belaka. Sampai sekrang aku rindu nak ke sana tau. T.T

Along pun sempoi lepak2 dengan kitaorang . Aku rasa dekat sangat dengan family Dila padahal baru first time tu aku datang. huhu

Hari jumaat pukul 2 petang bertolak daripada rumah sewa terus ke Gerik. Pukul 7 malam baru sampai. Sebab banyak singgah kan, Ija drive, aku tidur je kat belakang. hehe. Sampai je sana, salam2 dengan family Dila, mandi2 solat terus pergi pasar malam gerik. Tempat pertama yang dila bawak di Gerik. Best kat sana macam2 ada, boleh tahan murah jugak kat sana. Balik tu makan2 dulu terus ke dapur menolong apa2 yang patut, aku dila dengan ija tidur pukul 2 pagi buat kek hantaran.

                                        HARI 1 :  JUMAAT
wahhh ni lebih daripada pengantin nihh
:p
semangat tau!
haha
Teringat malam sebelum pergi Gerik, cari kedai bunga beli bunga tangan tu untuk Along. Seluruh kuala selangor mencarinya. Alhamdulillah dapat juga, kena dengan warna pelamin.hehe

                                      HARI 2 : SABTU
lawa kannn?


hujung kiri tu kak pika (kawan along)
ija,dila,aku and dila
;)




tudung coklat tu sepupu dila


baby tu pun sepupu dila
:)

sesi menyarung cincin

alhamdulillah selesai

tahniah along!
:)

abg hafifi & along

berbalas-balas pantun


hujung biru tu acik (adik bongsu dila)




haaa ni anak siapa pun aku tak tahu
aku main pegang jee
haha

phewittt





berangan jap~

mak long suka buat lawak
gelak je aku dengan dia
hehe
rindu aku dengan mak long
mulut dia bising jeee~

Hari ahad ptg lepas zohor pun bertolak lah kami balik. Semua lauk2 kenduri kita bawak balik. 
Terima kasih Dila sekeluarga mengundang
merasa aku ke Gerik hehe
;)

PUBLISH!

Repost~


Alhamdulillah tadi siap semua present projek di PDK Selayang selepas pelbagai cabaran yang ditempuhi. fuhhh~ tak nak cite panjang2 penat pun tak habis lg huhu.. kita tengok gambo jelah ek (:












                                    And last hasinyaaaa taraaaaaa .....

PROJEK PERTAMA :TERAPI REFLEKSOLOGI




PROJEK KEDUA : MURAL DINDING



Last but not least, thanks to our lecturer ENCIK MOHD RADZHI BIN ABD RAHMAN sebab banyak bagi sokongan, semua ahli kumpulan ku kerana bagi kerjasama yang baik. Dan tak lupa juga buat PUAN JAMALIAH AHMAD selaku penyelia PDK selayang yang sangat2 membantu kami di sana. Alhamdulillah walaupun nampak simple je projek tu, tetapi terasa kenikmatannya di situ. HAHA :D


                                       Alhamdulillah!

Thursday 10 October 2013

Charity~


                                                      Assalamualaikum

Ya Allah, Ya Allah permudahkanlah urusan ku ini...Hmm aku dapat tugasan kumpulan. 8 org dalam satu kumpulan. Tugasannya kita kena cari PDK (pusat dalam komuniti) dan buat kerja amal di situ. At least sesuatu yang boleh kita tinggalkan di situ. Cari punya cari, aku ambil PDK Selayang sebab dekat dengan rumah aku.ihikkk at least penat2 boleh la balik kan?

Sebenarnya bukan mudah ya seperti yang aku sangkakan. Masa perbincangan, aku tinjau PDK tu. Memang kosong takde kemudahan. Yang ada pun senaman mcm basikal tu apa ntah namanyaa. Aku pun tak sure.

haa cuma ni je yang ada
tu pun aku rasa macam dah uzur dah
Jadi bincang dengan penyelia di situ, dia tak kisah apa pun yang kami nak buat. Bincang2 finally kami nak buat tapak refleksologi sebab memang ada tempat nak dibuat di situ. Okay penyelia pun setuju. Alhamdulillah Allah permudahkan urusanku yang PERTAMA. Dalam bayangan aku, nak buat benda alah tu rasanya cuma perlu simen dengan batu SAHAJA okay. Lepas tu batu apa susah, cari je kat sungai kan?Nampak tak? Aku tak terfikir langsung papan playwood yang nak membentuk tapak tu, paku konkrit nak support papan, kayu, pasir yang perlu dibancuh dgn simen. Mana boleh simen semata je kan? Alatan yang digunakan lagi. Hmm nampak tak aku memang tak tahu basic nak membina ni? =.= sedih betul!

Actually pada mulanya, kami dah berbincang nak guna dana sendiri sahaja. sebab sikit sahaja yang nak dibeli rasanya. Selepas aku sendiri buat proposal serta budjet, Masya-Allah memang kami tak mampu dengan budjet itu sendiri. Bincang balik dengan penyelia, she said mereka ada alatan untuk menyimen so tak perlu dibeli. Alhamdulillah Allah permudahkan urusanku kali KEDUA. At least boleh reduce perbelanjaan itu.

Kemudian bincang balik dengan ahli group, semua setuju. So sebelum nak ke PDK esok harinya tu, aku jumpa dulu dengan lecturer usulkan proposal, and you know what? Dia kata dia setuju tapi "you all cannot get a full mark. Saya nak lebih daripada ini. Ini kerja 2 org boleh la. Kalau 8 org saya tak setuju". Ya Allah dugaan betul. Aku terpaksa rombak balik program nak ke PDK esoknya itu. Tapi anak-anak buah yg lain semua tak setuju. Jadi lastly, aku terpaksa juga just go idea asal. Petang tu balik class, dengan ayunya pakai baju kurung cari barang mcm simen, pasir etc kat kedai Hardware.

what do you think about this pic?
kitaorg cari staff yang langsung tak layan customer
mcm tunggul tunggu kat situ
dia ingat kita pakai baju kurung main2 je datang kat situ
=.='

menunggu terus menunggu~

After 15min baru ada staff indonesia yang datang
haaa kan dah bercekak pinggang aku di situ.
huh!
Okay, aku ingat senang eh kita nak cari barang. Tapi rupanya Ya Allah susah juga. papan tu ada ukurannya. Bila staff tanya, terdiam sekejap. Aku ingat semua sama sahaja. Huhu tapi alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami kali KETIGA. Barang semua dah settle. Memang penat mencari barang yang nak dibeli. Kami angkat sendiri simen 50kg, pasir 2 bag 30kg. Macam nak tercabut isi perut haa. :p

Esok pagi2 lepas subuh siap2 bertolak ke PDK Selayang. Dari Kuala Selangor ke Selayang ambil masa 45 min juga. Pukul 9 pagi sampai terus angkat barang dan buat kerja. Dengan tak sarapan, tak buat regangan. Hmm kuat betul kaum wanita ni.

bersama mahasiswi-mahasiswi terhebat
hehe


to be continued~