default

Thursday 10 October 2013

Charity~


                                                      Assalamualaikum

Ya Allah, Ya Allah permudahkanlah urusan ku ini...Hmm aku dapat tugasan kumpulan. 8 org dalam satu kumpulan. Tugasannya kita kena cari PDK (pusat dalam komuniti) dan buat kerja amal di situ. At least sesuatu yang boleh kita tinggalkan di situ. Cari punya cari, aku ambil PDK Selayang sebab dekat dengan rumah aku.ihikkk at least penat2 boleh la balik kan?

Sebenarnya bukan mudah ya seperti yang aku sangkakan. Masa perbincangan, aku tinjau PDK tu. Memang kosong takde kemudahan. Yang ada pun senaman mcm basikal tu apa ntah namanyaa. Aku pun tak sure.

haa cuma ni je yang ada
tu pun aku rasa macam dah uzur dah
Jadi bincang dengan penyelia di situ, dia tak kisah apa pun yang kami nak buat. Bincang2 finally kami nak buat tapak refleksologi sebab memang ada tempat nak dibuat di situ. Okay penyelia pun setuju. Alhamdulillah Allah permudahkan urusanku yang PERTAMA. Dalam bayangan aku, nak buat benda alah tu rasanya cuma perlu simen dengan batu SAHAJA okay. Lepas tu batu apa susah, cari je kat sungai kan?Nampak tak? Aku tak terfikir langsung papan playwood yang nak membentuk tapak tu, paku konkrit nak support papan, kayu, pasir yang perlu dibancuh dgn simen. Mana boleh simen semata je kan? Alatan yang digunakan lagi. Hmm nampak tak aku memang tak tahu basic nak membina ni? =.= sedih betul!

Actually pada mulanya, kami dah berbincang nak guna dana sendiri sahaja. sebab sikit sahaja yang nak dibeli rasanya. Selepas aku sendiri buat proposal serta budjet, Masya-Allah memang kami tak mampu dengan budjet itu sendiri. Bincang balik dengan penyelia, she said mereka ada alatan untuk menyimen so tak perlu dibeli. Alhamdulillah Allah permudahkan urusanku kali KEDUA. At least boleh reduce perbelanjaan itu.

Kemudian bincang balik dengan ahli group, semua setuju. So sebelum nak ke PDK esok harinya tu, aku jumpa dulu dengan lecturer usulkan proposal, and you know what? Dia kata dia setuju tapi "you all cannot get a full mark. Saya nak lebih daripada ini. Ini kerja 2 org boleh la. Kalau 8 org saya tak setuju". Ya Allah dugaan betul. Aku terpaksa rombak balik program nak ke PDK esoknya itu. Tapi anak-anak buah yg lain semua tak setuju. Jadi lastly, aku terpaksa juga just go idea asal. Petang tu balik class, dengan ayunya pakai baju kurung cari barang mcm simen, pasir etc kat kedai Hardware.

what do you think about this pic?
kitaorg cari staff yang langsung tak layan customer
mcm tunggul tunggu kat situ
dia ingat kita pakai baju kurung main2 je datang kat situ
=.='

menunggu terus menunggu~

After 15min baru ada staff indonesia yang datang
haaa kan dah bercekak pinggang aku di situ.
huh!
Okay, aku ingat senang eh kita nak cari barang. Tapi rupanya Ya Allah susah juga. papan tu ada ukurannya. Bila staff tanya, terdiam sekejap. Aku ingat semua sama sahaja. Huhu tapi alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami kali KETIGA. Barang semua dah settle. Memang penat mencari barang yang nak dibeli. Kami angkat sendiri simen 50kg, pasir 2 bag 30kg. Macam nak tercabut isi perut haa. :p

Esok pagi2 lepas subuh siap2 bertolak ke PDK Selayang. Dari Kuala Selangor ke Selayang ambil masa 45 min juga. Pukul 9 pagi sampai terus angkat barang dan buat kerja. Dengan tak sarapan, tak buat regangan. Hmm kuat betul kaum wanita ni.

bersama mahasiswi-mahasiswi terhebat
hehe


to be continued~

No comments:

Post a Comment