default

Thursday 16 August 2012

selamat hari raya :)

                                                             Assalamualaikum

Diam tak diam, pejam celik-pejam celik lagi dua hari kita umat Islam akan meraikan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan. Alhamdulillah rasa sekejap je kan? Moga-boga amalan ibadat yang kita buat pada bulan ramadan yang penuh barakah itu diterima oleh Allah S.W.T hendaknya. Bukan hanya bulan ramadan sahaja,tapi pada bulan-bulan yang lain juga insyaAllah. :)

Di kesempatan ini, aku nak la wish selamat hari raya maaf zahir batin pada semua pembaca blog aku *ada ke orang baca blog aku? muehehe ;) means kalau ada la yang membacanya :D Mohon maaf jika ada terkasar bahasa, kecilkan hati sesiapa, minta dimaafkan. kita 0-0 la ehh :D

dia pun nak raya daaa :D

By the way,di sini juga aku nak ucapkan tahniah buat ex-classmate aku masa form 5, Zaidatul Ashikin (ekin) akan melangsungkan pertunangan. Maaf tak dapat nak datang majlisnya iaitu pada hari raya-7, sebab masa sangat mencemburui aku . Haihh macam tak sangka sangat, dulu ekin selalu usik aku dengan encik kekasih ''bila nak tunang zuyyin?,bila nak nikah amer?,ehh bila korang nak kahwin?'' haa ambik kau, last-last dia mendahului kami. SubhanAllah rancangan Allah itu hebat. Takde siapa boleh melawanNya :)

Apa pun tahniah buat kau dengan bakal tunang. Sesungguhnya cabaran orang bertunang ni memang banyak dugaannya, *eehh macam ada experience bertunang pula aku? tak actually lebih kepada nasihat seorang sahabat hokeyyhhh :D ha ekin, jangan tunggu lama-lama,lagi cepat, lagi bagus kan? :D

Umur 19 tahun nak kahwin, bagi aku takde yang peliknya. So aku sangat tak setuju bila dengar jee budak muda atau lebih formalnya remaja bernikah, mesti orang macam pandang slekkk je? why aaaaa? Aku pula jadi pelik sebab masa dulu-dulu kala iaitu zaman nenek moyang kita, umur 12 tahun jee dah kahwin. Umur 15 dah ada 3-5 orang anak.Fikir positif la, memang sekarang kos sara hidup sangat tinggi, jadi kahwim muda ni nanti ada baby, semuanya kena beli kan? Jadi kalau pasangan muda yang berhajat untuk mendirikan masjid, of course mereka sudah mempunyai kedudukan ekonomi yang stable. Yang penting doakan yang baik-baik supaya mereka-mereka semua bahagia ke akhir hayat. 

Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi


ini orangnya
cantik molek
:D
congrate ekin :)


                                            
                                                                           sekian.

No comments:

Post a Comment