default

Wednesday 27 February 2013

kahwin muda


                                                       Assalamualaikum

Bercerita topik kahwin di usia muda, wohooo siapa tak suka kan? Aku sendiri pun ada impian untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat ni, 2-3 tahun daripada sekarang maybe? Yeah aku tahu orang kat luar mungkin ada yang mulutnya nakal2 manja kan, mesti akan bercakap. 'ehh muda lagi nak kahwin, gatal la tu'. *ehem ada aku kesah?

Ayah dan ibu aku juga pun bagi kalau aku berniat nak mendirikan masjid tapi as long aku dah habis belajar, means grade for diploma ni dulu at least. Benda baik kan, buat apa nak dihalangkan? Yea memang kalau difikirkan kahwin muda ni memang banyak buruk dari baiknya lagi2 zaman sekarang ni dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, kehidupan berumahtangga selepas kahwin nanti, bla.. bla.. blaa

Pendapat aku, in sha Allah kita sebagai individu itu sendiri mesti kuat hati, mesti dah habis fikir sebelum mendirikan masjid, yang penting SABAR! Sabar setiap dugaan yang melanda kita dan pasangan. sebelum wujudkan chemistry dengan pasangan, kita kena fahami dia dulu. Mungkin kelebihan yang ada pada kita takde pada pasangan kita tapi mungkin kelebihan dia takde pula pada kita, begitulah sebaliknya. Masya-Allah lihat kebesaraNya, sebenarnya Allah menjadikan pasangan itu saling lengkap-melengkapi. Sebelum itu, cuba pelihara waktu solat, jaga batas antara kita dengan pasangan, hormat keluarga in sha Allah pasti Allah permudahkan segalanya. Itulah yang aku cuba terapkan dalam diri aku. :)

indahnya sebuah perkahwinan mengikut ciri2 islam
:)
                            Apa lagi jom pergi kursus kahwin? STEP 1 !

No comments:

Post a Comment