default

Monday 17 September 2012

cuti-cuti malaysia

                                                                Assalamualaikum

Bila tengok title, aku teringat lagu Siti Nur Haliza yang cuti-cuti Malaysia tu kan? kan? Ohhh itu bukan apa yang aku nak story kali ni. Okey masa cuti Malaysia yang lalu, aku dok asyik terfikir je, alahai boringnya duduk rumah. Tiba-tiba member aku call, ajak pergi Genting Highland. Kebetulan encik kekasih pun balik, so aku tanya kat encik kekasih nak pergi ke tak, dalam hati aku tak mengharapkan apa-apa, sebab takut encik kekasih tak nak pegi plus aku pun tengah kering saat-saat ni. Tapi si dia bagi green light pulokkk, yang dia pun sponsor. Alhamdulillah itu rezeki namanya kan, siapa berani tolak? muehehe :D sayang awk :)

Perjalanan dimulakan pada pukul 8.00 a.m. Ain sebagai supergirl (driver) jemput aku dulu diikuti yang lain-lain. Kami pergi berlima, dua gegurl, tiga orang boboy. Aku dengan ain sempat ronda-ronda Selayang sementara nak tunggu bujang-bujang tu siap, pehh mengalahkan perempuan je siap. Lambat sungguh, bila jemput depan rumah masing-masing, semua muka lemau *macam baru bangun tidur je mukanya. hehe :D

Sebelum memulakan perjalanan, singgah kat Petronas, isi minyak dulu, check angin tayar etc. Sampai atas dalam pukul 10 a.m lebih kurang. Alhamdulillah. Ain nak naik Genting terus tapi aku suggest untuk naik cable car memandangkan Ain, Daus dengan Heqmal tak pernah lagi naik cable car. *saja nak tengok gelagat mereka, mesti diaorang takut, muahaha (gelak jahat). Aku boleh la belagak sekejap sebab rasanya aku dah 5 kali naik sebelum ni. Mungkin berani kot. Last aku pergi dengan encik kekasih 2 tahun yang lepas. Masa lawatan pusat tuisyen, hehe ;)

Tiba di SKYWAY CABLE CAR, beratur nak beli ticket .Kita beli siap-siap untuk nak turun balik nanti. Cuma rm12 sahaja pergi balik. Nasib baik tak ramai orang kat kaunter ticket, sebab sebelum ni yang pernah aku pergi, terpaksa beratur panjang untuk beli ticket. Kat sana rata-rata orang cina ramai. Dari si baby sampai orang tua yang berkerusi roda pun naik cable car. Diaorang mungkin dah ada card membership so dapat la express way, tu yang jadi lambat bila tunggu turn untuk naik cable car. Sabar tunggu punya sabar, yeayyy dapat naik berlima dalam satu cable car. Kelakar betul masa mula-mula nak bergerak tu, masing-masing senyap je. Gayat mungkin? haha :D Lagi-lagi masa cable car terberhenti sebab angin kuat so terpaksa masing-masing keraskan badan, takut cable car tu bergoyang-goyang. Dalam hati istghfar berkali-kali.

tunggu turn naik cable car
:)


                                                    (dialog semata-mata)

       Encik kekasih : (keluarkan kemera) weh meh sini ambil gambar jom?

       Aku               : Boleh tak kejap-kejap lagi je,ishhh (coverline sebab gayat jugak)

       Ain                : (sambil jeling-jeling tengok bawah)  mak aiiii seramnya, bila nak sampai ni??

      Heqmal           :  wehhh goyang aku macam ni. pehhh~

       Daus              :  fuhhh cepatlah sampai~ nyesal naik doe!




muka tahan gayat
muahaha
:D


  




scary kan? kan?

sampai atas, kabus tebal sangat. 

 Lepas dalam 20 minit tu, alhamdulillah selamat naik atas. Sempat la singgah booth beli gambar masa naik cable car dari bawah tadi. RM35 hokeyyy, mahal T-T *buat kenangan, keluarkan duit sambil tutup mata. :D



Bila sejuk-sejuk, perut pun rasa lapar je. Singgah mcD untuk breakfast sebab sebelum bertolak tadi tak sempat nak jamah apa-apa *excited punya pasal. Buat pertama kali aku minum air panas kat mcD, sebab tekak terasa nak minum air panas pulak, hehe ;)

satu untuk saya, lagi satu untuk encik kekasih
:)




kesian daus, sensorang jeee
jadi anak kami sekejap
haha


Lepas perut dah kenyang, kita teruskan misi. Yeay kita ke THEME PARK GENTING HIGHLAND. Harga ticket RM50 sahaja untuk dewasa. Boleh main the whole day okey semua. :)

yeayy dah boleh main kalau
dah ada tag kat tangan ni
:)

Aku berjiwa besar je tengok rides dalam map best-best, terbalik-balik, wahh not bad kalau aku cuba. Kemain belagak lagi aku. see? And last bila tengok depan-depan, telan air liur aku. gulppp -,- Encik kekasih paksa-paksa naik juga,no way, i said no, no okey. fuhhh aku rela pegang beg diaorang semua daripada dipaksa naik roller coaster tu. huhhh~








Tengok diaorg jerit-jerit, aku yang gelak-gelak ka bawah, haa nak naik sangat kan? hambik kau... haha :D




Bila dah naik, masing-masing nak muntah la, pening kepala lah, macam-macam, haha :D Lepas tu jalan-jalan ambil gambar je.












Lepas tu layan kan ain dengan heqmal main Sungai Rejang Rides, aku kenapa tak main? say sorry sebab basah, no way bebehhh !

haha habis basah
:D

Then ke DINOSAURLAND, aku rasa kalau budak kecil suka la masuk sini. Encik kekasih nak masuk, ok layankan saja. Dah la beratur panjang, nak tunggu boat sampai, lambat gila. Bila dah naik boat tu, rasa sekejap pulak. :P




Lepas tu, jalan-terus berjalan menikmati macam-macam jenis orang opss macam-macam permainan lah. :D




bila sejuk-sejuk, rasa lapar jee tau
nakal tau encik kekasih ni senyap je dia :D









how sweet?
sempat aku ambik
muahah :D

alololo :)

nak jugak sweet, hee gedik!
captured by : heqmal 



Puas berjalan, rasa macam penat dah. Aku tak sabar nak ke SNOW WORLD actually, bila masing-masing dah bosan, semua setuju nak keluar. Keluar dari theme park tu lebih kurang pukul 1p.m. Keluar je dari tempat tu, aku baru perasan yang aku tak main apa-apa pun, cuma naik boat kat Dinousour Land je. Bila tanya kat encik kekasih, dia pandang slekk je. *dalam hati mesti cakap, membazir je bawak, kan? kan ? :D



ok kali ni aku datang SNOW WORLD agak berlainan sikit. Decoration dia cantik sangat, persis macam dekat luar negara *feeling-feeling macam dekat Korea. ada igloo, so kalau tak tahan sangat sejuk, boleh masuk situ, so rasa warm-warm gitu, serious best sangat. Harganya RM25 sahaja untuk seorang. Tapi yang tak bestnya, dalam ni takde lagi gelongsor macam dulu, yang ada pun untuk budak-budak je. Kecik sangat. Lepas tu tak boleh bawa kemera sendiri. Pandai diaorang berniaga, dah tu pulak tak cantik dia ambil gambar. Bangladesh punya orang, huh RM50 sekeping gambar. So, pejam je mata untuk kenangan punya pasal -,-

Jalan-jalan, beli barang sikit lepas tu penat terus turun nak balik. Aduhh terpaksa naik cable car lagi. Terpaksa haha :D Cadang nak ke Strawberry Park, tapi tak jumpa-jumpa tempatnya. Jam dah pukul 6.00p.m, bajet nak sampai sebelum maghrib, so terpaksa balik terus.

muka penat masing-masing.




ok nampak gemuk aku
abaikan!

our super girl
thanks ain~
Banyak lagi gambar, tapi aku tak larat nak upload semua. Lepas ni cadang nak ke LEGOLAND pula, yahoo insyaAllah kumpul duit dari sekarang. sekian tamat cuti-cuti Malaysia, esok balik hostel pula, cuti dah habis ~

No comments:

Post a Comment