default

Monday 21 May 2012

Pernah makan Pavlova?

Bagi sesiapa yang belum mencuba resepi pavlova ini bolehlah mencubanya di rumah untuk hidangan seisi keluarga kerana pavlova sangat-sangat sedap okey. Dengan buah-buahan diatasnya membuatkan ramai yang terliur apabila melihat pavlova ini. Mungkin uolls tertanya-tanya bagaimanakah cara untuk membuat pavlova ini kan? Caranya mudah sahaja dan aku akan kongsi resepinya .

ni rupanya Pavlova yang sangat sedap okey.
tak boleh nak dipertikaikan.

               Cara-cara untuk membuat Pavlova:
Resepi Pavlova
Bahan-bahan
4 biji putih telur
1 cawan gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan 
1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara membuat
#Pukul putih telur dengan perlahan.
#Masukkan gula satu sudu demi satu sudu sambil putar dengan laju sehingga putih berkilat.
#Masukkan esen vanilla dan gaul.
#Masukkan tepung jagung dan cuka beserta gaul.
#Panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius.
#Masukkan adunan ke dalam oven.
#Setelah 15 minit turunkan suhu kepada 140 darjah celcius.
#Bakar selama satu jam.
#Setelah siap dibakar, buka pintu oven sedikit dan tunggu sehingga meringue betul-betul sejuk sebelum dihias dengan menggunakan whipped cream dan buah-buahan masam seperti strawberi, kiwi, blueberi.

Mesti uolls ingat aku pernah cuba resepi ni kan?Ohh bila masa pula aku nak buatnya kan?HEHE.Kalau aku rasa macam terlebih duit sikit,aku akan cari Pavlova ni dekat The Gardens,Mid Valley.Mudah kan? hew hew :') tak sempat lah nak buat. Tapi bagi yang rajin, boleh lah mencuba resipi di atas. selamat mencuba ! :)  

siapa berjaya tu,pos la kat rumah i ok
:')
        

No comments:

Post a Comment