default

Wednesday 4 July 2012

Alhamdulillah.

                                             Assalamualaikum readers ku yang awesome :)

Alhamdulillah settle suda last paper, last paper. Syukur alhamdulillah semua berjalan dengan baik dan lancar. Anyway, aku nak cerita something. Aku ada pengalaman kawan yang terlanjur which is uolls faham kan? Just imagine, aku rasa macam drama je. SubhanaAllah, aku tak mampu nak buat apa melainkan nasihat yang baik-baik sahaja. Aku selalu bayangkan JIKA okeyy jika aku mengalami situasi tersebut. Nauzubillah minzalik, harap-harap dijauhkanlah benda tu kan. Ermmm mesti tak tahu nak buat apa kan, rasa gelap dunia kita kan, apa nasib kita kan akan datang? Astaghfirullah.

Lagi satu cerita, aku juga ada kawan yang mengalami masalah family, parents dia bercerai. Dia dihalau keluar oleh family sendiri sebab-sebab yang aku sendiri tak ketahui. Dia terpaksa merempat kat tepi jalan. Tapi aku tak mampu nak buat apa-apa. Aku sendiri pun masih belajar dan masih dalam tanggungan parents aku. Dan perkara yang sama, aku akan memikirkan kalau aku kat tempat dia? hmm.

Alhamdulillah, aku bersyukur sangat sebab aku ada family yang lengkap disamping mendapat didikan yang secukupnya. Aku ada kawan-kawan yang masih nak berkawan dengan aku. ahakss. tak lupa juga encik kekasih  yang baik yang selalu mengingatkan aku waktu solat. *sebab aku ni selalu melengahkan waktu solat.  Itulah kelemahan aku dalam perkara wajib yang satu itu. Alhamdulillah itulah yang aku nak pada bakal imam ku. how cool?

For summary purposes, kita kena bersyukur apa yang kita ada. Dalam prinsip hidup aku, kalau kita pandang orang bawah kita, kita merupakan orang yang paling bertuah sekali. am I right, uolls? *sila angguk banyak-banyak kali.  hihihi. :D  salam ramadhan yang akan datang. heee tak sabar nak sambut ramadhan. wink2  ^,^



                                                     x  thanks for reading x

No comments:

Post a Comment