default

Tuesday 31 July 2012

JPJ test

                                                       Assalamualaikum

Pagi tadi aku telah menjalani ujian JPJ *wah tak boleh belah ayat aku, macam ayat dalam karangan kan? hua hua :D  Well, biasalah first time bawa kereta, belum apa-apa lagi, malangnya aku dah fail tang kat bukit. Punya elok cantik tayar depan atas line kuning, bila pegawai JPJ tu suruh aku jalan, aku tak tahu mana silap aku, kereta aku tu ter 'reverse' sikittttttt. Ahhhh gila bengang aku time tu. Rasa nak sepak-sepak je tayar. Muka pegawai JPJ tu jangan cakap la kan, belagak ya amatttt. Aku sabar jelah, dah la panas terik, bulan puasa pula tu. Dugaan.. dugaan..


Bila bahagian 2 tu, aku fail so parking dengan 3 pointed tu tak boleh la buat. Aku sesi-2, dah la lama menunggu, kepala aku dah berdenyut-denyut, hati nak buat on the road pun takde dah. Dah tak semangat rasanya, aku pun pasrah jelah. Tunggu punya tunggu, sekali aku ternampak ERIN MALEK. Alaaa pelakon tuuu, tak silap sebaya je dengan aku. Dia pun test juga pada masa yang sama. Dia dah la lambat, lepas tu slumber je potong turn orang. Budak-budak cina sebelah aku semua pandang slekkk je. Dalam hati aku, mentang-mentang fames amessss kan? bayar leteeewww kan? *jahat mulut aku, maaf. Lagi bertambah, berdarab, panas hati aku.

Ingatkan raya ni, dah ada la lesen, so nak raya rumah member-member boleh la drive tp hancussss harapan aku. Takpelah nak buat macam mana kan, takde rezeki aku. Redha je lah. Lepas raya kene repeat lagi -_____-



bahagian II  fail
sekian.
=,=

Alhamdulillah bahagian III pass
walaupun jiwa kacau gara-gara
the part paling senang aku boleh fail.

16/20
alhamdulillah walaupun atas pagar
cukup-cukup makan
:p




                 

                              Kesalahan masa on the road yang aku buat, mueheheh :')

# tak adjust side mirror *pegawai JPJ lelaki so aku segan nak cross untuk open tingkap sebelah, then aku just ignore jeee  :p

# tak guna brek kaki dan tangan dengan betul  *aku nebessss kot dengan kereta banyak sebab time tu orang balik keje. awesome bebehhh, time tu juga kereta banyak !  =,=

# tidak memandu di jarak yang selamat   *maybe aku rapat dengan kereta depan sebab nak kejar traffic light hijau rasanya masa tu, (nampak sangat aku tak sabar)

# menggunakan gear yang sesuai  *coz aku hanya guna gear 2 sahaja even dekat highway, tak berani nak guna gear 3 or 4, takut mati enjin :p


Ya Allah, mudah-mudahan lepas ni selamat la semuanya. Aku tak sanggup nak repeat class lagi, kena tunggu berjam-jam kat tempat test, yang paling tak sanggup duit yang melayang. uhuiiii sabar jelahhhh. =,=




                                                               Sekian

                                                 Thanks for reading this entry

2 comments:

  1. hehe xpe cube lg,,eh jpj memg cmtu ke?dulu akk pon same cmtu bajet bgus

    nymph je tgk erin malek tu,,

    ReplyDelete
  2. serius kak,lagi2 jpj perempuan.pehhhh sombong gila dengan spek beso dia tu.tak nmpk senyum langsung.errr dah tu kita tunggu punya lama,erin malek tu potong turn,lg la bengang.lantak la pelakon ke hape ke kan,ikut la turn .sabo je lahhh~

    ReplyDelete