Hai pejam celik, pejam celik dah terasa kan bahang nak puasa? Dekat tv pun dah ada iklan kurma, sunquick. Perasan tak? Erm sekarang ni ramai mula cari tailor nak tempah baju untuk hari raya nanti. Tak payah banyak, mak aku je dah penuh kat rak tepi mesin jahit. Sampai tak muat dah nak susun.Mak aku kan tukang jahit yang bertauliah,hehe :) then aku pun akan mula mengira-gira berapa total semua duit hasil kerja ibu. Setakat ni boleh cecah,rm1,200 lebih kurang. Soooo ada chance la aku nak together-together dengan mak aku. hew hew :')
Selalunya, aku akan tolong mak aku such as sembat baju ke, jahit butang ke atau jahit cangkuk kain. simple. Tapi boleh tahan penat tau. Sebab apa, sakit
By the way, apa tema baju uolls tahun ni? Family aku, hmm tak tahu lagi. Kami pun tak beli lagi bajunya. Silap hari bulan kena lagi pakai baju pasang siap je. Nama je family tukang jahit. hehehe. Macam last year, baju-baju family aku, mak aku tempah kat kawan dia. Itu pun last minute mak aku merayu suruh siapkan sebab tak sempat mak aku nak menyiapkan tempahan orang. Kuih raya pun,kuih tunjuk je. Gara-gara last minute punya kerja :p
So tahun ni,insyaAllah perkara-perkara sedemikian takkan berulang lagi kembali. Aku dah pesan awal-awal kat mak aku nak design baju raya tahun ni.wahaha, boleh pulak macam tu ek? hmmm berangan dulu ~
![]() |
| sumber : miss google seriously, lawa gila baju dia bright pink. ibu...nak macam ni. |
![]() |
| ni pun lawa. simple je kan? :') |
Tahun ni, nak bergaya sikit boleyyy?


No comments:
Post a Comment